Barang Yassin dilelong kerana gagal bayar sewa rumah
Barang-barang rumah pelawak Yassin sudah dilelong akibat kegagalannya membayar sewa rumah.
Kisahnya bermula apabila pelawak ini dan keluarganya dikatakan enggan melunaskan sewa bulanan rumah yang diduduki di Damansara. Akibatnya, selepas lima bulan bersabar, tuan rumah mengambil keputusan untuk mengunci rumah tersebut serta merta. Jadinya, Aida sendiri tidak tahu di mana Yassin tinggal kini memandang hampir kesemua barangnya masih berada dalam rumah tersebut.
Ekoran tindakan tuan rumah itu, Yassin dan keluarganya memang tidak sempat mengambil apa-apa barang dalam rumah tersebut.
Cerita si tuan rumah, dia ingatkan si pelawak ini berusaha menghubunginya selepas itu untuk berbincang soal tunggakan yang bernilai lebih RM30,000, namun sangkaannya meleset.
Hanya selepas dua bulan, baru Yassin menghubunginya untuk bertanyakan mengenai barangan rumah yang ditinggalkan itu. Bagaimanapun, kelewatan Yassin itu hanya merugikannya memandangkan tuan rumah telah mengambil keputusan melelong semua barang-barang yang ditinggalkan. Apatah lagi, amaran telah diberitahu terlebih dahulu.
Disebabkan tunggakan hutang Yassin, tuan rumah terpaksa menjual rumahnya sebelum pihak bank menyita kediaman jenis kondominium itu. Daripada menanggung hutang yang berlambak, ada baiknya dia melelong isi rumah yang ditinggalkan, boleh juga dibuat duit belanja bayar itu ini walaupun jumlah yang diperoleh tidaklah seberapa.
Jadi, dia juga tidak boleh berbuat apa-apa memandangkan terpaksa berhadapan dengan keadaan yang lebih teruk. Katanya dia juga tidak sangka pelawak ini sanggup buat begitu, kerana pada mulanya dia beranggapan tentunya menyewakan rumah kepada seorang selebriti tidak akan mendatangkan sebarang masalah.
Kepada Yassin, seelok-eloknya selesaikan hutang tersebut. Bukan apa, Aida fikir apa yang berlaku seolah-olah menganiaya orang lain.
Advertisement
Sewa rumah itu dikatakan RM1,450 sebulan.

0 ulasan:
Catat Ulasan