Vokal terbaik AJL29 milik Dayang Nurfaizah

Kategori vokal terbaik dimenangi Dayang Nurfaizah.

Penyanyi Dayang Nurfaizah diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik pada malamAJL 29 dan membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.

Juara AJL 29  menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50,000. Naib juara pula menerima RM35,000 dan tempat ketiga RM20,000.

Bagi kategori vokal terbaik dan persembahan terbaik masing-masing akan membawa ganjaran RM12,000.

AJL29 telah berlangsung pada 18 Januari 2015 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil dengan menampilkan 12 lagu yang akan berentap di pentas AJL29

12 lagu yang berentap ke pentas Anugerah Juara Lagu 29 adalah Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah), Romancinta (Mojo), Gadis Jolobu (Waris & Dato’ Hattan), Lelaki (Yuna), Masih Aku Cinta (Shila Amzah), Percayalah (Indah Ruhaila), Sesal Separuh Nyawa (Alyah), Rentak Laguku (Bunkface & Amy Search), Matahari (Hafiz Suip), Gilalah (Stacy), Apa Khabar (Sona One & Joe Flizzow) dan Malaikat (Hazama).


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top