Hazama lebih selesa menyanyi
Ramai orang anggap penyanyi Hazama orangnya serius, tetapi kehadirannya sebagai artis undangan Nabil di pentas Maharaja Lawak Mega 2014 mengejutkan penonton.
Siapa sangka juara Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9) itu mampu mencuit hati dan membuat penonton ketawa dengan aksi kelakarnya.
Malah, ada yang mengatakan pada malam itu Hazama lebih menyerlah berbanding Nabil dan markah lima bintang diberikan juri sepatutnya milik Hazama.
Bagaimanapun, Hazama atau Hazama Ahmad Azmi dengan rendah diri menyangkal perkara itu. Tegasnya, jalan cerita serta aksi Nabil yang berjaya membuatkan persembahan itu mampu mencuti hati penonton.
“Saya lakukan itu atas undangan. Bagi saya, jalan cerita itu yang lawak. Nabil pula jenis yang bijak untuk menggerakkan kisah yang ingin disampaikan. Mungkin sebab orang jarang tengok saya begitu, ia menjadi tumpuan.
“Saya tidak merasakan diri mampu membuat lawak seperti Nabil. Rasanya kalau saya jadi peserta, minggu itu saja saya lawak tetapi minggu seterusnya mesti orang akan cakap bosan dan tidak lama selepas itu tersingkir.
“Nabil yakin dengan jalan cerita itu. Dia juga yakin dengan saya. Sebagai penggiat seni, walaupun jauh dari cabang yang saya lakukan sekarang, tidak ada salahya mencuba jadi pak lawak,” katanya.
Pernah berlakon dalam filem Lari, Hazama berkata, dia bersungguh-sungguh membawakan watak itu dengan mempamerkan karakter serius. Pada malam tayangan filem itu bersama media, ramai ketawa melihat gelagatnya dalam filem itu.
Kata Hazama, walaupun berjaya mempamerkan lakonan bersahaja, dia tidak mahu digelar pelawak, sebaliknya lebih selesa dikenali sebagai penyanyi.
“Walaupun timbul minat dalam bidang lakonan, saya masih memberikan lebih komitmen sebagai penyanyi kerana ia kerjaya sebenar saya.
“Setakat ini saya juga belum ada tawaran berlakon. Dalam lakonan, saya menjadi pemilih kerana ia bukan fokus saya. Tambah pula saya bukan pandai sangat berlakon. Saya hanya akan terima kalau watak diberi tidak terlalu berat.
“Untuk lakonan, saya melihat situasi komitmen ketika itu. Kalau sibuk dengan lagu atau album baru, saya terpaksa tolak. Faktor masa turut mengekang saya daripada serius dengan lakonan kerana ia memakan masa lama,” katanya.
Hazama juga akui dia mempunyai kelemahan dalam menjayakan watak tertentu. Katanya, kalau ada babak percintaan, dia tidak boleh lakukan. Dia menafikan ia ada kaitan dengan menjaga hati kekasih.
“Jangan salah faham. Saya tiada masalah dengan perkara itu kerana seseorang itu tidak boleh mencampur-adukkan antara kerjaya dan peribadi.
“Bukan juga sebab halangan atau kekangan kekasih kerana kami profesional dan masing-masing tahu saya bekerja untuk masa depan.
“Sebab utama kerana saya boleh menilai setakat mana kemampuan saya sebagai pelakon. Saya rasa saya tidak mampu menghayati watak cintan. Apabila saya tahu tidak mampu melakukannya dengan baik, buat apa mahu mencuba juga,” katanya ketawa.
Mengenai perancangan dengan buah hati, penyanyi yang popular dengan lagu Malaikat menegaskan, apabila teman wanitanya menyuarakan hasrat memeluk agama Islam, ketika itu dia akan terus membuat persiapan untuk perkahwinan mereka.
“Sekarang ini saya dalam usaha ke arah itu dan sentiasa berdoa semoga rancangan saya dipermudahkan. Apa pun, apabila bercakap soal hati, semuanya saya serahkan pada Allah untuk lembutkan hati dia.
“Ada juga kami bercerita mengenai perkara ini. Mana soalan dia yang saya dapat jawab, saya berikan jawapan dan mana yang saya kurang pasti, saya akan rujuk kepada yang lebih tahu.
“Saya dalam posisi neutral kerana menghormati agamanya tetapi saya masih memberi panduan,” katanya.
Kata Hazama, dia kini dalam proses mengumpul bahan untuk album baru. Katanya, melihat pasaran sekarang, dia merancang mengeluarkan satu demi satu single sebelum melancarkan album penuh.
“Selepas Malaikat, saya akan lancarkan single Rasa, hasil ciptaan penuh Azlan The Typewriter. Ia lagu ‘slow rock’ dan jiwang sedikit.
“Saya tidak sangka Azlan yang rock mempunyai sisi seperti itu dalam dirinya. Lagu cinta itu rasanya bukan diri dia, tapi dia mampu hasilkan lagu itu.
“Dia sendiri katakan lagu itu adalah saya. Mengambil pendapat itu, saya pun cuba nyanyikan lagu itu. Saya kurang pasti bila lagu ini akan dilancarkan. Mungkin penghujung Februari atau awal Mac,” katanya.

~ Metro
0 ulasan:
Catat Ulasan