KONSERT DOA LANGIT DAN BUMI
KONSERT DOA LANGIT DAN BUMI akan berlansung pada Ahad, 22 Februari 2015, jam 2.30 petang I Dewan Merdeka, PWTC. Artis-artis yang akan turut serta ialah Dato’ M Nasir, Awie, Ella dan Dato’ Hattan. Persembahan selama dua jam setengah akan mendapat liputan secara langsung di NTV7.
Pemuzik tanahair yang akan mengiringi konsert ini ialah:
Man Kidal Gitar I
Aji Samin Gitar II
Tom Anuar Dram
Fauzie Zain Gitar Bes
Rozario Rasul Kibod I
Uda Kibod II/Violin/Accordian
Paang Zaman Perkusi I
Boy Razli Flute/Gambus
Sinopsis Konsert Doa Langit Dan Bumi
Surah di atas inilah yang bermain di minda Datuk Ramli Sarip sepanjang perjalanan di Kuala Krai, Kelantan. Setibanya di Kampund Pasir Era dan melihat keadaan kampung yang teruk dilanda banjir, beliau teringat semasa melawat Melauboh, Aceh sepuluh tahun lalu, ketika Aceh dilanda tsunami. Beliau mengikuti misi bantuan mangsa tsunami bersama Mercy Relief, Singapura ketika itu.
Di kunjungan kali ini, beliau bersama rombongan Kumpulan AmBank dalam misi bantuan mangsa banjir. Datuk Ramli mengiringi Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi Kumpulan AmBank yang menghulurkan bantuan kepada dua buah kampung di Kuala Krai bersama Pegawai dan sukarelawan AmBank.
Banjir yang melanda sebahagian besar negeri Pantai Timuradalah tragedi buat Malaysia kerana ia membabitkan korban nyawa, harta benda, malah tempat tinggal apabila segalanya hapus dengan sekelip mata. Sememangnya setiap tahun negeri-negeri di Pantai Timur akan berdepan musim banjir tetapi musibah kali ini dianggap yang terburuk dalam sejarah.
Di Kuala Krai inilah tercetusnya ilham KONSERT DOA LANGIT DAN BUMI. Hasil penjualan tiket konsert amal ini akan megisi tabung pembangunan pasca banjir di bawah jagaan pihak Kumpulan AmBank. Perbincangan bersama Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi Kumpulan AmBank dan Datuk Maxson Abdullah, CEO Putra World Trade Centre (PWTC) sangat memberi semangat kepada seniman ini yang mana keduanya tanpa ragu-ragu terus bersetuju untuk membantu.
Kumpulan AmBank akan menaja kos produksi, pemasaran dan mempromosi konsert manakala pihak PWTC akan menanggung semua kos tempat acara, termasuk makan dan minum artis dan team produksi konsert.
Beberapa Syarikat Bumiputra juga turut membantu, antaranya Marhean Productions Sdn Bhd yang telah menyumbang pembikinan t-shirt khas untuk konsert dan hasil pendapatan akan disalurkan untuk dana konsert. Selain dari itu Paravue Sdn Bhd, Warisan Sound, Mewah Event, Gua Orang Lama dan ramai lagi akan turut serta.

0 ulasan:
Catat Ulasan