Artis jadi escort girl dipantau polis
Pihak polis kini sedang memantau sekurang kurangnya 10 orang artis wanita tempatan termasuk beberapa nama popular yang disyaki terlibat dengan kegiatan gadis peneman atau escort girl dengan menerima bayaran lumayan.
Siasatan mendapati beberapa artis popular serta pendatang baru meningkat naik itu mengenakan bayaran terhadap perkhidmatan yang diberikan antara RM3,000 dan RM10,000 untuk satu malam termasuk perkhidmatan aksi di ranjang.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat & Perjudian Bukit Aman, Datuk Roslee Chik yang mendedahkan perkara itu mengesahkan beberapa artis yang kebanyakkan mereka adalah pelakon kini berada dalam radar pemantauan mereka.
“Ada antara artis itu sudah berkahwin dan kita percaya dia sudah berhenti. Namun, masih ramai lagi yang dikesan aktif di luar sana. Mereka bukan sahaja popular sebaliknya ada juga yang masih baru dalam dunia seni,” katanya.
Harian Metro juga mendedahkan yang artis sebagai gadis peneman ini tidak bergerak sendirian tetapi mempunyai orang tengah yang mengaturkan pertemuan mereka dengan golongan atasan & VVIP sebelum berunding sehingga ke perkhidmatan di ranjang.
“Biarpun tidak boleh mendedahkan siapa orang tengah itu buat masa ini, tetapi kamu mengetahui setiap pergerakannya,” tambahnya lagi.

0 ulasan:
Catat Ulasan