Zamani tak mahu dikaitkan dengan Siti Nurhaliza
Vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim tidak mahu mengulas kenyataan Saari Amri yang mengaitkan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dalam kes penyalahgunaan dadah yang membabitkan dirinya.
Zamani berkata, apa yang berlaku tiada kena mengena dengan penyanyi wanita itu, sebaliknya dia menganggap apa yang berlaku sebagai ketentuan takdir.
"Orang yang berhak untuk memberikan komen adalah Shaari Amri sendiri kerana dia yang mengeluarkan kenyataan itu.
"Apa yang berlaku ke atas diri saya tiada kena mengena dengan dia (Siti Nurhaliza) tetapi ini adalah qada dan qadar," kata Zamani.
Datuk Siti Nurhaliza menerusi laporan BH Online memilih pendekatan untuk tidak mengulas lanjut hal berkenaan. Berikut adalah respon Datuk Siti bila diajukan dengan persoalan itu.
“Saya minta maaf kerana tidak mahu memberi sebarang komen kepada status orang lain dan saya sendiri sifatkan ia tiada kena mengena dengan saya. Saya tidak mahu mencampuri urusan atau hal yang dicetuskan pihak lain,” katanya.

0 ulasan:
Catat Ulasan