Iqbal (Ceria Popstar) Luah Perasaan Emosi Di Instagram
Omar Baqi iaitu ayah kepada Iqbal Ceria Popstar iaitu mengakui tindakan anaknya meluahkan rasa kecewa terhadap pihak stesen televisyen Astro di laman sosial merupakan sesuatu yang tidak wajar.
Katanya Iqbalterlalu mengikut emosi dan darah muda yang boleh mengeruhkan hubungan mereka dengan pihak stesen televisyen tersebut.
"Saya sudah beberapa kali nasihatkan dia agar tidak menulis apa-apa di laman sosial ketika dalam keadaan marah yang boleh mengundang perkara tidak diingini.
"Saya baru diberitahu tentang kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram tentang kekecewaannya terhadap satu program dan sekarang saya mahu dia buang status itu," katanya.
Omar diminta mengulas tentang status anaknya, naib juara program Ceria Popstar musim kedua yang meluahkan rasa kecewa apabila penglibatannya dalam sebuah program terbitan Astro dibatalkan.
Dalam status itu, Iqbal berkata tidak mahu terlibat dalam apa-apa juga acara yang dianjurkan pihak televisyen tersebut lagi pada masa akan datang.
Sementara itu, bapanya mengakui pihak Astro sudah memaklumkan tentang pembatalan itu kepadanya terlebih dahulu.
"Saya sudah diberitahu tentang pembatalan itu oleh pihak Astro atas sebab-sebab tertentu cuma dia rasa agak kecewa apabila tidak dapat terlibat sama.
"Mungkin dia terlalu emosi dan mengikut darah muda, tetapi saya tidak mahu perkara itu akan mengeruhkan hubungan kami dengan Astro," ujarnya.
Omar berkata, dia akan lebih memantau dan menasihatkan anaknya agar tidak terlalu mengikutkan perasaan dalam menulis sesuatu di khalayak yang boleh mencetuskan kontroversi.

0 ulasan:
Catat Ulasan