Konsert Thriller Live – Malaysia Mac 2015, Kenang Michael Jackson

Sempena meraikan dan memperingati Raja Pop legenda, Michael Jackson, satu persembahan muzikal 'Thriller Live' akan diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini dari 19 hingga 25 Mac depan.

Konsert muzikal yang dibawa dari West End, London ini dipersembahkan oleh  Milestone Production dan disokong oleh Malaysia Major Events.

Milestone Production dalam kenyataan pada Jumaat berkata, 50 penghibur, ahli muzik dan kru antarabangsa akan memeriahkan konsert itu.

Orang ramai boleh mendapatkan tiket berharga dari RM128 hingga RM538 secara dalam talian di www.ticketcharge.com.my

Untuk maklumat lanjut, sila hubungan 03-9222-8811

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top