Sinopsis Penjara Seorang Isteri
Penjara Seorang Isteri mengisahkan perkahwinan Salmah dengan Zaid berlaku atas dasar cinta sama cinta. Perkahwinan mereka dikurniakan dua cahayamata. Malangnya selepas 11 tahun berkahwin, Zaid telah dibuang kerja. Puas Zahid mencari pekerjaan tetapi gagal. Justeru, sedikit demi sedikit sikap Zaid yang penyayang mula berubah menjadi pemarah menyebabkan rumahtangga mereka mula bermasalah.
Demi menyelamatkan rumahtangga, Salmah sanggup bekerja keras untuk menampung segala kos kehidupan. Malangnya pengorbanan Salmah tidak dihargai Zaid apabila dia mula mengambil sikap sambil lewa dalam menunaikan tanggungjawabnya pada keluarga. Zaid enggan mencari pekerjaan dengan alasan sudah penat. Malah perbelanjaan harian Zaid juga ditanggung oleh Salmah. Salmah kecewa tetapi tetap bersabar.
Beberapa bulan selepas Zaid dibuang kerja, Salmah mendapat tahu yang Zaid mempunyai seorang lagi isteri, ZARINA apabila satu hari dia didatangi oleh Zarina yang mengadu tentang masalah kewangannya. Zaid dan Zarina sudah berkahwin sejak empat tahun lalu. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahayamata.
Salmah rasanya dunianya hampir kiamat. Bagaimanapun apabila melihat Zarina yang daif sehingga tidak mampu untuk membeli susu anak, Salmah membantu sekadar termampu walaupun ada kalanya dia sendiri berdepan dengan masalah kewangan. Zaid pula yang selama ini takut untuk berterus terang dengan Salmah, makin mengambil sikap lepas tangan apabila melihat Salmah sanggup membantu Zarina.
Sikap Zaid menyebab Salmah minta dia dilepaskan secara baik. Salmah mahu memberi tumpuan kepada anak-anaknya. Zaid enggan kerana merasakan Salmah adalah penyelamat masalah kewangannya. Akhirnya Salmah menuntut fasakh. Bagaimanapun sikap Zaid yang acuh tidak acuh menyebabkan kes tersebut tertangguh selama tiga tahun.
Salmah putus asa. Sehinggalah satu hari, Salmah disahkan menghidapi barah payudara Tahap 2. Demi masa depan anak-anaknya, Salmah bangkit tetapi dia berdepan dengan masalah kewangan untuk membayar kos guaman. Dia cuba mendapat bantuan Biro Bantuan Guaman, tetapi tidak layak atas faktor gaji.
Akhirnya Salmah nekad belajar hal-hal yang bersangkutan dengan tuntutan perceraian sebagai persediaan untuk membela diri sendiri. Pelbagai halangan terpaksa dilalui oleh Salmah. Namun sokongan daripada anak-anak memberikan dia kekuatan sehinggalah akhirnya dia berjaya dalam semua tuntutannya.
Untuk mengetahui apakah kesudahan Penjara Seorang Isteri , jangan lupa untuk menontonnya pada 17 Januari ini sempena Maulidur Rasul 2015, di Astro Oasis, 10 malam.
Telefilem Penjara Seorang Isteri
Pengarah Eoon Shuhaimi
Terbitan Sha's Media Sdn Bhd
Pelakon utama: Sari Yanti dan Faizal Hussein

0 ulasan:
Catat Ulasan