Bekas Teman Lelaki Britney Spears Mati Ditembak Taliban

Bekas teman lelaki penyanyi Britney Spears iaitu John Sundahl mati dibunuh dipercayai ditembak oleh pihak Taliban di Afghanistan pada Ahad lalu.

Daily Mail melaporkan, ketika kejadian, helikopter yang dipandu oleh John dari Kabul ditembak jatuh namun tidak dapat dipastikan punca sebenar kejadian itu.


John pernah bercinta dengan Britney pada 2007 dan lelaki itu disebut sebagai individu bertanggungjawab membantu penyanyi itu keluar daripada masalah ketagihan alkohol.

Hubungan kedua-dua mereka kekal baik biarpun sudah berpisah dan mereka sering berhubung untuk bertanya khabar.

Britney pula dilaporkan sedih dengan berita kematian John dan menyifatkan lelaki berkenaan sebagai seorang yang budiman.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top