Paris Hilton di Konsert Party of the Century
SELEBRITI terkenal Amerika Syarikat, Paris Hilton selamat tiba di Malaysia bagi menjayakan konsert Party Of The Century di Empire City 23 Januari 2015
Paris yang juga pewaris kepada empayar Hilton itu berkongsi perjalanannya ke Malaysia melalui laman Instagram miliknya.
“Selamat tinggal Dubai! Berlepas ke Kuala Lumpur! Tak sabar untuk ke Malaysia buat pertama kalinya!,” tulisnya pada kapsyen gambarnya di dalam pesawat menuju ke Malaysia.
Kemudian Paris memberitahu ketibaannya di Malaysia dan telah mengadakan sesi uji suara sebelum konsert berlangsung, malam ini.
“Tiba di Malaysia. Di Empire City untuk uji suara bagi persembahan saya di sini, malam esok. Venuenya sangat cantik. Teruja untuk membuat persembahan di #PartyOfTheCentury!,” tulisnya.
Pada 2010, Paris pernah merancang untuk ke Malaysia selepas mengunjungi Jepun namun membatalkan hasrat tersebut apabila dilarang memasuki negara matahari terbit itu.
Menurut pegawai imigresen Jepun, Paris dilarang memasuki Tokyo ekoran kesalahan memiliki dadah di sebuah resort di Las Vegas.
Sementara itu, kumpulan K-Pop popular 2AM yang diundang sebagai tetamu khas Party of The Century itu juga telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.
Acara tertutup itu juga bakal dimeriahkan beberapa artis antarabangsa lain seperti Taboo (Black Eye Peas), DJ Ken dan pemuzik kelahiran Australia, Mark Vincent.
Party of the Century bertemakan malam penuh Glamour Era 1920-an itu diadakan sempena perasmian pusat komersial, Empire City di Damansara Perdana.

0 ulasan:
Catat Ulasan