Fauziah Gambus lancar album kedua Hanya Satu
Penyanyi irama tradisional Fauziah Gambus terpaksa menukar aliran muziknya kepada lagu-lagu moden menerusi album keduanya agar ia bersesuaian dengan pasaran muzik ketika ini.
Bagaimanapun Fauziah atau nama sebenarnya Fauziah Suhaili, 27, berkata, dia tetap memasukan elemen alatan muzik tradisional iaitu gambus dalam setiap lagu ciptaannya itu.
"Saya sedar masyarakat terutama golongan muda sukar untuk menerima muzik tradisional dan disebabkan itu saya ambil keputusan mencipta lagu pelbagai rentak yang lebih moden dan bersesuaian dengan aliran muzik kini.
"Saya selitkan elemen muzik gambus dalam setiap lagu tersebut supaya ia dapat diterima sebagai sebahagian alat muzik yang biasa digunakan," ujarnya.
Fauziah melancarkan album kedua berjudul Hanya Satu
Album tersebut memuatkan 11 buah lagu antaranya Kau Curangi Aku, Gilakan Kamu, Hanya Untuk Mu dan Jasa Pejuang.
Sementara itu, Fauziah berkata, album itu merupakan percubaan pertamanya untuk bersaing dalam pasaran muzik tempatan.
Jelasnya, album pertama berjudul Fauziah Gambus hanya diedarkan di Sabah, Sarawak dan Brunei sahaja.
"Saya harap lagu-lagu ini diterima oleh masyarakat selain mahu mengalakkan golongan muda mengenali instrumen muzik gambus ini.
"Sebelum ini album pertama saya hanya diedarkan di Sabah, Sarawak dan Brunei sahaja kerana bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu Brunei.
"Alhamdulillah sambutannya mengalakkan dan boleh dikatakan nama saya dikenali di sana berbanding di Semenanjung," ujarnya.
Fauziah yang baharu menamatkan pengajian di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) memberitahu akan memperjuangkan alat muzik gambus biarpun mempelajari pelbagai alat muzik lain.
Dia kini sudah mempunyai 19 buah gambus yang dibeli di pelbagai negara.
"Selain gambus saya juga boleh bermain gitar, biola, dram dan piano tetapi saya lebih mengutamakan gambus kerana keunikannya.
"Sekarang koleksi gambus saya sudah ada 19 buah dari pelbagai negara. Gambus-gambus ini mempunyai pelbagai cara penggunaannya, ia tidak sama seperti gitar.
"Setiap lagu saya perlu guna gambus berbeza dan bersesuaian dengan irama. Boleh dikatakan agak rumit juga," ujarnya.
Mengimbau kenangan ketika awal-awal mengenali alat muzik ini, Fauziah berkata dia terpaksa belajar sendiri secara sembunyi-sembunyi daripada pengatahuan keluarga.
Datuknya yang juga pemain gambus di Sabah tidak membenarkan dia bermain dengan alat tersebut.
"Dulu datuk saya memang tidak benarkan saya bermain gambus kerana katanya belum ada lagi wanita yang bermain alat muzik itu. Disebabkan itulah saya terpaksa belajar sendiri dan sorok-sorok.
"Namun selepas menyamar menyertai sebuah pertandingan bermain gambus, datuk saya yakin dengan kebolehan saya serta berbangga dengan apa yang saya lakukan itu," ujarnya. ~ Mstar

0 ulasan:
Catat Ulasan