Marsha Milan dan Daiyan Trisha ikon kalender Puteri Disney 2015
Penyanyi Marsha Milan dan Daiyan Trisha cukup bertuah apabila terpilih sebagai ikon kalender Puteri Disney 2015. Mereka adalah di antara 12 selebriti terpilih dari Asia Tenggara untuk menggayakan watak puteri dalam animasi Disney.
Bagi Marsha dan Daiyan, tawaran menjadi Puteri Disney ibarat mimpi menjadi kenyataan. Untuk sesi pengambaran kalender itu yang dilakukan Oktober lalu, Marsha memegang watak sebagai Elsa daripada animasi popular Frozen manakala Daiyan sebagai Snow White.
Mengulas pembabitannya dalam projek kalender Puteri Disney, Marsha, 29, berkata tawaran itu tidak pernah dijangkakan.
"Selepas nyanyi lagu tema animasi Frozen, Let It Go dalam versi bahasa Melayu, saya tidak sangka berpeluang untuk bekerjasama dengan Disney lagi," katanya.
Kata pemenang Akademi Fantasia Musim 3 itu, dia seronok membawa watak Elsa yang dilihat memiliki sifat lemah lembut dan yakin diri.
"Sudah banyak yang saya lalui sepanjang 10 tahun membina kerjaya dalam industri seni dan sifat Elsa mengajar saya berani berdepan cabaran," katanya.
Menurut bakat kelahiran Sabah itu, sejak terkenal menerusi lagu Let It Go atau Bebaskan, dia menerima banyak permintaan untuk menyanyikan lagu itu ketika membuat persembahan.
"Sepanjang tahun lalu, saya hanya nyanyi versi bahasa Inggeris dua kali. Ini menandakan ramai menggemari versi bahasa Melayu," katanya.
Daiyan berkata, dia gemar menonton kartun Disney sejak kecil sehingga pernah berangan menjadi puteri.
"Saya suka semua watak puteri Disney kerana setiapnya mempunyai personaliti tersendiri yang memberi inspirasi kepada penonton. Paling saya gemari adalah Belle dalam Beauty And The Beast. Dia mengajar penonton untuk tidak menilai seseorang berdasarkan paras rupa," katanya.
Penyanyi berusia 22 tahun itu menganggap dirinya cukup bertuah kerana berpeluang mewakili Malaysia untuk projek itu.
"Saya seronok membawa watak Snow White yang memiliki perwatakan penyayang dan lembut," katanya.
Memulakan karier dalam bidang nyanyian pada usia 16 tahun, Daiyan yang juga pelakon pernah membawa lagu tema Puteri Disney berjudul The Glow dalam versi bahasa Melayu.
"Karya Disney menyampaikan imej positif kepada penonton muda selain menggalakkan mereka untuk mempunyai impian," katanya.
Menjaga Imej
Sejak terbabit dalam projek Disney, kedua-dua penyanyi jelita ini turut mempunyai peminat dalam kalangan kanak-kanak. Berikutan itu, Marsha dan Daiyan mengambil langkah untuk menjaga tingkah laku agar menjadi contoh terbaik kepada peminat cilik.
Menurut Marsha, selepas muncul dengan lagu Bebaskan, dia didatangi ramai kanak-kanak yang menggemari filem Frozen.

0 ulasan:
Catat Ulasan