"Edry Berjaya Buat 'Drama' Raih Simpati" -Aweera

Bekas penyanyi asal Mojo iaitu  berpendapat, “drama” yang dilakukan Edry Abdul Halim untuk meraih simpati masyarakat berjaya apabila kumpulan itu dipilih memenangi Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) pada Ahad lalu.

Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham, 24, berkata, Edry yang sebelum ini pernah menuduhnya suka bermain drama ternyata telah membuktikan kepada khalayak siapakah sebenarnya yang bersikap sedemikian.

"Dia tuduh saya suka main drama tetapi dalam hal ini kita tengok dia yang buat drama untuk raih simpati masyarakat.

”Sebab itulah kalau dia gunakan penyanyi baharu Mojo, sudah tentu persembahan mereka malam itu akan dikritik," katanya.

Aweera diminta komennya mengenai persembahan Mojo bersama kumpulan Caliph Buskers iaitu pemuzik orang kelainan upaya (OKU) yang berjaya menampilkan persembahan luar biasa pada pertandingan itu.

Dalam pada itu Aweera berkata, Edry selaku ketua kumpulan berkenaan terlalu bergantung kepada Cliph Buskers dan kemenangan berkenaan adalah atas kapasiti kehebatan pemuzik jalanan itu dan  bukannya persembahan sebenar Mojo.

Secara jujur kata Aweera dia amat kagum dengan Caliph Busker sehinga hampir-hampir menitiskan air mata ketika menyaksikan persembahan mereka.

Ditanya tidakkah dia berjumpa dengan Mojo selepas selesai persembahan, Aweera berkata, dia telah berusaha berbuat demikian ketika di belakang pentas namun dihalang oleh pengawal keselamatan berikutan tidak mempunyai pas khas untuk memasuki kawasan berkenaan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top