Zamani sebak, ingin berubah bebas dari dadah
“Lega tu lega, namun perasaan serba salah itu masih ada, saya minta maaf sekiranya banyak menghampakan ramai pihak terutama peminat,” luah vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, 43.
Menurutnya, perasaan sebak dan serba salah itu masih wujud terutama apabila melihat respons ahli keluarga, rakan, peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan moral.
“Perkara pertama sebaik keluar dari lokap adalah perasaan orang sekeliling saya. Saya fikir mereka akan marah atau pinggirkan saya, tetapi sebaliknya berlaku. Itu yang buat saya cukup sebak,” katanya ketika ditemui di kediaman peguamnya.
Hadir sama, pengurusnya, Johan Aziz dan abangnya, Zulfazil.
Zamani dibebaskan dengan jaminan polis dari Balai Polis Hulu Kelang dekat sini, jam 10 pagi semalam.
Dia sebelum ini direman atas kesalahan memiliki dadah selepas ditahan bersama seorang wanita di kediamannya di Taman Keramat Ampang, di sini, tengah malam Rabu lalu.
Penahanan penyanyi popular era 1990-an itu turut menjadi perhatian umum apabila klip videonya disuruh menyanyi dalam keadaan bergari tersebar di laman media sosial.
Menurut Zamani, perkara utama yang akan ditumpukan selepas ini adalah untuk menjalani rawatan pemulihan sebelum kembali menumpukan kepada kerjaya nyanyiannya.
“Malu tetap malu tetapi itulah janji saya kepada peminat dan saya tidak akan hampakan mereka. Fokus utama saya sekarang adalah untuk menjalani rawatan pemulihan walaupun sebelum ini sudah dua kali cuba menjalani rawatan iaitu pada tahun 2011 dan 2012.
“Bezanya kali ini ramai sudah tahu dan mungkin memudahkan saya untuk menjalani rawatan secara terbuka. Oleh itu saya memohon supaya peminat terus mendoakan hasrat saya untuk berubah walaupun perkara itu dilihat agak sukar terutama dalam tempoh terdekat,” katanya.
Disoal berhubung penyebaran klip video kontroversi itu, Zamani berkata, dia tidak akan mengambil tindakan terhadap pihak yang merakam video berkenaan dan menganggapnya sudah selesai.
“Dia mengaku meminati saya dan kumpulan Slam. Jadi saya hanya menyanyikannya kerana menganggap dia salah seorang peminat saya. Dia tidak memaksa saya dan saya lakukannya atas dasar peminat,” katanya.

0 ulasan:
Catat Ulasan