Azizan Osman puji Qu Puteh walau ramai org kritik
Biarpun dihujani dengan pelbagai kritikan dan tohmahan, namun ia sama sekali tidak melunturkan semangat penaja Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL29), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Vida.
Menurut Vida, walaupun pengiklanan produk Qu Puteh menerusi program secara langsung itu mungkin menimbulkan perasaan tidak puas hati sesetengah pihak, namun katanya setiap orang punya citarasa berbeza.
"... kita punya kebolehan yang berbeza, walau kita sesama manusia, bak kata orang rambut sama hitam, tapi hati masih lain-lain," tulisnya menerusi laman Instagram miliknya.
Malah katanya lagi, individu yang berjaya adalah individu yang saling membina antara sama lain.
\
"Mereka beri motivasi, inspirasi dan saling tolong menolong untuk berjaya," tulisnya lagi.
Selain segelintir penonton AJL29 meluahkan rasa tidak puas hati terhadap iklan Qu Puteh yang disifatkan terlalu kerap dengan taglinenya "Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Putih", ia juga mendapat respons negatif daripada Chef yang terkenal dengan kelantangannya, Chef Wan.
Namun begitu, tidak kurang juga yang terus memberikan kata-kata semangat dan pujian kepada usahanita bumiputera itu kerana berjaya menaja program yang berprestij seperti AJL.
"Kesian Qu Puteh korang kutuk macam-macam. Dia la yang taja penuh AJL29. Juta-juta duit dia keluar. Korang ingat dia pakai surat khabar ke bayar TV3. Adat orang meniaga macam tu la," ujar pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS menerusi Facebooknya.
Ia juga turut mengundang reaksi usahawan dan motivator terkenal, Dr Azizan Osman.
"Saya tidak tahu apa iklan yang diperkatakan ketika AJL baru-baru ini tetapi saya tahu jenama ini yang menaja AJL.
"Saya mahu ucapkan tahniah kerana strategi pengiklanan mereka berjaya mendapat perhatian ramai.
"Cuba kita jadi bangsa yang suka melihat orang lain mencapai kejayaan dan impian," katanya menerusi satu kenyataan seperti yang dipaparkan menerusi Instagram @datoserivida.

0 ulasan:
Catat Ulasan