Juara AJL29 (Anugerah Juara Lagu 2015)

Ini adalah keputusan Anugerah Juara Lagu 29

Juara AJL229: Sona One & Joe Flizzow (Apa Khabar)
Naib Juara: Shila Amzah (Masih Aku Cinta)
Tempat ke3: Dayang Nurfaizah (Di Pintu Syurga)
Persembahan terbaik: Mojo
Vokal terbaik: Dayang Nurfaizah

Tahniah Joe Flizzow dan Sona One kerana berjaya menjuarai AJL29‬ !

Juara AJL 29  menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50,000. Naib juara pula menerima RM35,000 dan tempat ketiga RM20,000.
Bagi kategori vokal terbaik dan persembahan terbaik masing-masing akan membawa ganjaran RM12,000.

AJL29 telah berlangsung pada 18 Januari 2015 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil dengan menampilkan 12 lagu yang akan berentap di pentas AJL29

12 lagu yang berentap ke pentas Anugerah Juara Lagu 29 adalah Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah), Romancinta (Mojo), Gadis Jolobu (Waris & Dato’ Hattan), Lelaki (Yuna), Masih Aku Cinta (Shila Amzah), Percayalah (Indah Ruhaila), Sesal Separuh Nyawa (Alyah), Rentak Laguku (Bunkface & Amy Search), Matahari (Hafiz Suip), Gilalah (Stacy), Apa Khabar (Sona One & Joe Flizzow) dan Malaikat (Hazama).




Anugerah Juara Lagu (AJL) 29 memilih tema "Gema dalam Muzik" di mana pentas unggul itu kembali kepada elemen asas dan intipati sesebuah muzik.

Malah malam itu juga bakal mengangkat instrumen muzik sebagai dasar terpenting di dalam penghasilan bunyi.

Gabungan bunyi yang terhasil inilah yang dinamakan gema yang bakal memeriahkan AJL29.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.anugerahjuaralagu.com.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top