Drama Dee The Series berkonsep muzikal
Selepas telefilem Dee yang disiarkan Astro Ceria (saluran 611) dua tahun lalu mendapat sambutan baik, kini ia dihasilkan semula dalam konsep drama muzikal.
Diterbitkan 13 episod, drama lakonan bintang muda meningkat naik Daiyan Trisha sebagai Dee itu mendapat sentuhan Michael Ang selaku pengarah.
Michael yang hadir pada pelancaran drama itu berkata jalan cerita dimuatkan dalam 'Dee The Series' sama sekali berbeza dengan apa yang pernah ditonton menerusi telefilem.
"Memandangkan ia drama muzikal, saya gabungkan elemen penceritaan dan lagu seiring. Apatah lagi, kisahnya menjurus pada mengejar cita-cita. Saya yakin penonton terhibur menyaksikan drama ini kerana ia sarat dengan pelbagai mesej positif. Bahkan, Dee The Series juga bukan drama percintaan remaja," katanya.
Mengulas barisan pelakon pilihannya, Michael berkata dia mengekalkan Daiyan Trisha untuk watak Dee itu kerana sinonim dengan pelakon itu.
"Cuma, bagi lebih memantapkan lagi kisah kekeluargaan dipaparkan saya memilih Amy Mastura untuk watak Amy iaitu ibu Dee dan Puteri Balqis Azizi sebagai Mia iaitu adiknya.
"Turut membantu melengkapkan lagi perjalanan kisah dimuatkan Dee The Series ialah Zizan Nin sebagai Chad, Aedy Ashraf (Alif), Ziha Md Salleh (Eyka) dan Ewal Ismail (Joker)," katanya.
Sehubungan itu, penyiaran drama Dee The Series sudah menemui penonton Astro Ceria mulai Ahad lalu, jam 11 pagi. Puteri Balqis atau Aqish, 8, berkata dia seronok melakonkan watak Mia yang diakui seorang kanak-kanak nakal.
"Kenakalan Mia sangat comel kerana suka mengusik kakaknya, Dee. Apapun, hubungan kasih sayang mereka sangat rapat. Saya selesa berlakon di sisi kakak Daiyan kerana kami mampu membina keserasian. Kami berdua saling membantu di antara satu sama lain," katanya.
Meskipun baru lima tahun aktif berlakon, Aqish sudah membuktikan kehebatannya merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Asian Television Awards 2014 (ATA 2014) pada 11 Disember tahun lalu.
Terdahulu, Aqish pernah memenangi anugerah Artis Harapan Pantene di Anugerah Skrin 2012 (ASK2012) menerusi drama Pelarian, diikuti Pelakon Wanita Terbaik Drama (ASK 2014).

0 ulasan:
Catat Ulasan