Drama Selipar Jepun Stileto Merah di HyppSensasi (Saluran 116)
Biarpun drama ‘Selipar Jepun Stileto Merah’ merupakan gandingan pertama kali pelakon Ryzal Jaafar dan Shima Anuar, namun keserasian mereka dalam menjayakan watak sebagai pasangan kekasih begitu terserlah.
Menurut Ryzal, wataknya sebagai Leman atau Letto di dalam drama arahan Hashim Rejab ini begitu mencabar dirinya. Manakan tidak, jika sebelum ini dia banyak memegang watak sebagai seorang pemuda serius, dalam drama ini Ryzal perlu menghidupkan karektor yang comel dan kelakar.
“Pada mulanya, saya agak ‘stress’ untuk bawa watak Letto yang karektornya kena comel-comel dan kelakar. Rasa susah nak buat kerana di luar saya seorang yang serius dan agak pemalu. Apapun, demi menjayakan watak ini dengan sempurna, saya cuba sebaiknya untuk berbuat demikian. Dengan bantuan pengarah, saya cuba fikirkan benda-benda yang comel dan orang suka nak tengok. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya corakkan watak Letto dengan cara saya sendiri.
“Ini merupakan kali pertama saya drama 30 episod. Bukan senang kerana kami perlu menjalani penggambaran selama tiga bulan untuk menyudahkan cerita ini. Apapun, saya merasa cukup seronok dan berpuas hati kerana hasilnya begitu membanggakan. Saya sarankan penonton agar tidak ketinggalan menonton drama ini kerana banyak kejutan yang ditampilkan dan paling penting ia sesuai untuk tonton seisi keluarga,” ujar Ryzal yang seronok diberi peluang menunggang motor di dalam drama terbitan MIG ini.
Sementara itu, Shima Anuar yang memegang watak sebagai Stila pula menyifatkan pengalaman berlakon di dalam drama yang yang disirkan di HyppTV saluran HyppSensasi (116) ini memberikan pengalaman baru buatnya.
“Saya sukakan watak Stila kerana ia merupakan satu watak yang penuh warna warni. Dia seorang yang manja, comel dan ‘playful’. Cukup berbeza dengan watak-watak yang pernah saya lakonkan sebelum ini. Paling mencabar saya kena menangis untuk satu babak ketika berpisah dengan Letto. Susah nak buat, tapi bila dah ‘feel’ sangat dengan watak itu, saya dapat bagi apa yang pengarah mahukan.
“Sebenarnya dalam drama ni, ada banyak babak menarik yang penonton tidak boleh ketinggalan. Saya sendiri sebagai pelakon pun rasa tidak sabar nak tengok drama ini disiarkan di kaca TV. Paling tidak dapat satu lupakan adalah babak di mana Stila dan Letto kemalangan. Cara Letto melompat masuk ke kereta melalui tingkap adalah paling lucu dan tidak dapat saya lupakan. Drama ‘Selipar Jepun Stileto Merah’ memang sangat menghiburkan dan lain dari yang lain,” kata Shima yang mengakui cukup menyukai jalan cerita drama ini.
Bahasa: Melayu
Episod: 30
Saluran: HyppSensasi (Saluran 116)
Hari: Setiap Rabu dan Khamis
Masa: 9.00-10.00 Malam
Penerbit: MIG Production
Pengarah: Hashim Rejab
Pelakon: Ryzal Jaafar, Shima Anuar, Emma Akma, Mahmud Ali Basha, Adeline Tsen, Zalif Sidek dan lain-lain.
Saksikan drama Selipar Jepun Stiletto Merah eksklusif di Hypp Sensasi Saluran 116 bermula 17 Disember 2014

0 ulasan:
Catat Ulasan