Kes dadah: Zamani minta maaf 

Dari facebook Zamani Slam Official Fanpage

Assalamualaikum semua. Sudah sekian lama juga kita tak bersua di Fanpage ini. Syukur kepada Allah swt kerana saya telah pun dibebaskan atas jaminan polis pagi ini. Divsini saya ingin memohon maaf kepada semua sekiranya kes penahanan saya ini telah mengores atau melukakan hati semua pihak. 

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua atas sokongan yg tidak berbelah bagi kepada saya sepanjang tempoh penahanan saya. Saya amat terharu sekali. Akhir sekali harapan saya ialah anda semua dapat terus menyokong dan mendoakan saya supaya dapat berubah demi utk kebaikan semua. Saya amat memerlukan sokongan anda semua.

Ikhlas dari saya,

~Zamani Ibrahim~



"Saya minta maaf kepada semua dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong saya selama ini,” demikian kata-kata yang dipetik lahir daripada bibir bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani pada satu sidang media hari ini.

Pengurus Zamani, Johan Aziz ketika dihubungi Sinar Online memberitahu, pelantun lagu Sang Pari-pari itu kini dibebaskan di bawah jaminan polis berazam untuk pulih dan tidak akan mengulangi sejarah hitam hidupnya.

“Sekarang ini, dia sudah dibebaskan. Buat masa ini, dia hanya mahu berehat. Tapi dia minta maaf atas apa yang berlaku. Dia berjanji akan cuba memperbaiki diri dan bebaskan diri dari belenggu dadah,” katanya.

Menurut Johan, pihaknya dan keluarga kini berusaha mencari jalan yang terbaik untuk memulihkan keadaan penyanyi berusia 43 tahun itu.

“Dia sendiri mahu berubah dan sekarang ini kami dan keluarga masih berbincang untuk membantunya,” katanya lagi.

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, ditahan bersama seorang wanita berusia 33 tahun yang turut positif dadah jenis Methaphitamine kira-kira pukul 12.30 pagi tadi pada Rabu lepas.

Penyanyi popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kediaman penyanyi tersebut telah diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang Jaya sebelum ditahan.

Hasil pemeriksaan, satu paket plastik disyaki dadah jenis Heroin seberat 1.2 gram  ditemui di dalam salah sebuah bilik di kediaman penyanyi itu.

Soal siasat awal mendapati suspek (Zamani) mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis Syabu dan Heroin selama 10 tahun.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top