Sinopsis Isyarat Cinta

Filem Isyarat Cinta mengisahkan percintaan pasangan buta dan bisu.

Cinta mula berputik selepas Iskandar (Adi Putra) seorang jutawan yang sangat rendah diri dan pemalu telah memberanikan diri menyelamatkan Dhia (Liyana Jasmay) dari satu kemalangan jalan raya sehingga membibitkan rasa cinta masing-masing.

Hubungan mereka dijalinkan melalui orang tengah iaitu Ariel (Fizo Omar) apabila segala luahan Iskandar yang cacat pendengaran itu disampaikan kepada Ariel untuk Dhia.




Tetapi Ariel sendiri telah jatuh hati dengan Dhia dan tidak sanggup untuk meneruskan tugasnya sebagai perantara cinta antara Iskandar dan Dhia.

Isyarat Cinta merupakan projek terbaharu syarikat produksi Suhan Movies dan RK Screen Sdn Bhd. Skripnya ditulis dan diarahkan oleh Bade Hj Azmi.

Pelakon utama ‘Isyarat Cinta’. Dari kiri: Adi Putra, Liyana Jasmay dan Fizo Omar.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top