Setelah kegagalan rumah tangga dengan Chef Riz, Ana Dahlia meletakkan soal jodoh kepada takdir.
Namun buat masa ini Ana tidak terfikir untuk mencari pengganti sebaliknya ingin memberi tumpuan kepada kerjaya lakonannya terlebih dahulu.
Ana sekarang sedang sibuk dalam penggambaran sebuah drama bersiri berjudul Kerana Lelaki Itu untuk siaran TV9 selain bakal ke lokasi Nyiur Nan Setandang di samping pelakon Ezany.
"Jika ada bertemu dengan sesiapa selepas ini saya anggap itu adalah ketentuan Allah dan sebagai manusia saya menerima ketentuan itu. Tetapi buat masa ini saya mahu beri fokus kepada kerjaya terlebih dahulu," jelasnya.
Ana dan Chef Riz yang juga anak kepada chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan itu berkahwin pada 11 Disember 2011 dan bercerai 11 bulan kemudian.
Dalam pada itu, Ana memberitahu, kehidupannya kini lebih tenang dan menganggap apa yang telah berlaku dalam rumah tangganya sebelum ini sebagai satu pengajaran dan mempunyai hikmah disebalik.
Sementara itu, Ana menafikan mempunyai hubungan dengan seorang lelaki apabila timbul gosip kononnya dia muncul dengan seseorang pada majlis persandingan pelakon Liyana Jasmay di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) malam Sabtu lalu.
"Mungkin lelaki yang didakwa itu adalah jurugambar yang mengiringi saya untuk sesi fotografi di luar dewan yang disangka sebagai teman lelaki saya. Saya hadir dengan rakan baik saya iaitu Zandra seorang atlet boling kebangsaan,” jelas Ana menafikan gossip yang tersebar.
0 ulasan:
Catat Ulasan