Edika Yusuf masih botak
Pelakon Edika Yusof berimej botak kerana bernazar demi isterinya yang lumpuh akibat demam panas. Selagi isteri tidak sembuh daripada penyakit tersebut,Edika tak akan menyimpan rambut walaupun ia telah berlanjutan sejak tujuh tahun lalu.

“Isteri saya mengalami lumpuh dari bahagian badan sehingga ke bawah selepas melahirkan anak kedua kami. Akibat penyakit itu, dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak dan sayalah yang menjaganya selama ini,” kata Edika.

Nazar itu bukanlah sesuatu yang membebankan dan dia akan terus berimej sedemikian sehinggalah isterinya pulih.

Edika Yusuf botak

Ditanya apakah cabaran menjaga isteri yang sakit sejak sekian lama jelas Edika, dia tidak menghadapi masalah besar kerana Norhidayah masih boleh bergerak menggunakan kerusi roda elektrik kerana paras dadanya ke atas tidak mengalami sebarang masalah.

“Kami bahagia bersama anak-anak dan Alhamdulillah, saya dapat menjaga keluarga saya dengan baik tanpa perlu mengambil pembantu rumah.

Hasil perkahwinannya dengan Norhidayah sejak 10 tahun lalu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Fardeen Nurulhaq, 9, dan Fareena Nurulhaq, 8, serta seorang anak angkat Nazirul Afiq yang berusia 14 tahun.

Edika dulu pelakon terkenal dan pernah berlakon filem Pelumba Malam,Maria Mariana,Driving School, XX-Ray, Father dan Awas.

Edika berhasrat untuk kembali aktif dalam dunia seni sebagai sekiranya terdapat mana-mana tawaran yang bersesuaian dengannya.

“Saya berhasrat untuk berlakon semula tetapi biarlah watak-watak yang hendak diberikan kepada saya itu benar-benar mencabar dan bukannya watak retorik seperti anak orang kaya dan juga lelaki mata keranjang,” katanya.

Kini Edika banyak melakukan kerja-kerja grafik dan percetakan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top