Pernikahan Liyana Jasmay
Walaupun kontroversi gambar pra-perkahwinan, pelakon Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan telah selamat diijabkabulkan pada pagi Sabtu, 2 Februari 2012. Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Seri Pasific kira-kira pukul 10 pagi.
Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.
Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh bapa Liyana iaitu Datuk Jasmay Md Shah dengan disaksikan oleh Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sahirman Ahmad.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima seutas gelang emas bernilai RM5500 sebagai mas kahwin sementara wang hantaran sebanyak RM28,388.
Dalam pada itu, pihak perempuan menerima lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang.
Liyana dan Fathuddin tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung moden rona putih rekaan Jovian Mandagie manakala Fathuddin segak berbaju Melayu dari rona sedondon.
Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada sebelah malam di Pusat Dagangan Dunia Putra

0 ulasan:
Catat Ulasan