Pengacara popular Aznil Nawawi telah dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) bergelar Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Kini Pak Nil dikenali sebagai Datuk Aznil Nawawi.

Datuk Aznil Nawawi

Ditanya adakah panggilan nama Pak Nil yang digunakan selama ini akan bertukar mengikut anugerah yang baru diberikan, pengacara itu berkata dia tidak kisah dengan nama apa yang mahu dipanggil kepadanya.

"Tak kisah, panggillah saya apa-apa pun, tetapi biarlah kita menghormati individu yang memberikan anugerah tersebut.

"Bagi saya ini merupakan satu pengiktirafan yang besar daripada pihak kerajaan yang pernah diterima. Ia sebagai penyuntik semangat untuk saya bekerja lebih keras buat masyarakat menerusi bidang penyiaran yang saya ceburi," tuturnya.

Pak Nil berkata sesetengah pihak mungkin memandang remeh terhadap sesuatu gelaran tetapi sebagai individu, namun masyarakat haruslah menanam sikap untuk menghormati setiap darjah kebesaran yang dikurniakan.

"Kita perlu hormat dengan gelaran yang diberikan dan tidak wajar memperlekehkannya.

"Sesuatu darjah itu adalah pengiktirafan yang tinggi dan tidak wajar sekiranya ada yang tidak menghormati penganugerahan tersebut,"

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top