Siti Saleha pernah digossipkan dengan adik pelakon Sharifah Sofea, Syed Adney Syed Hussein. Bagaimanapun, baru2 ini, Siti Saleha membuat pengakuan sudah putus cinta dengan seorang jejaka Inggeris.
“Saya baru saja putus cinta dua bulan lalu. Dia seorang lelaki Inggeris. Hubungan kami terlerai kerana tiada persefahaman. Saya jenis yang tak suka ada masalah. Kalau saya lihat perhubungan itu tak akan ke mana dan lelaki itu seperti tidak serius, lebih baik berpisah,” katanya .
Menurut Saleha, walaupun cintanya tidak kesampaian, ia bukan alasan untuknya meratap dan menangisi perpisahan yang berlaku.
“Kami berkenalan pun tak lama, iaitu lebih kurang dalam tempoh sebulan. Jadi, bila terpaksa berpisah, ia taklah terasa sangat,” katanya.
Seakan mengerti apa yang bermain dalam fikiran, pantas gadis berusia 22 tahun ini memberitahu, cita rasanya bukanlah tertumpu kepada lelaki kulit putih ataupun berdarah kacukan semata-mata.
“Saya tahu, mesti ramai yang menganggap saya hanya inginkan jejaka mat salih sebagai teman lelaki. Saya tidak pernah meletakkan syarat sebegitu. Sebelum ini pun saya pernah berkawan dengan jejaka Melayu.
“Dalam mencari teman lelaki, saya tidak melihat fizikal atau material. Apa yang penting, dia dapat memberikan saya cinta dan kasih sayang,” kata Saleha.
Seperkara yang mengagumkan adik kepada vokalis kumpulan Bunkface ini, dia boleh dianggap artis sifar kontroversi. Sehingga kini, belum terdengar cerita memualkan mengenainya.
“Saya akui saya tiada cerita panas yang boleh diceritakan, sebab itulah saya tidak popular.Terus terang saya memang senang begini. Saya masuk bidang seni pun kerana minat.Saya mahu peminat mengenal saya menerusi bakat, bukannya kontroversi,” katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan