Jangan rasa begitu selesa – Juri MRL
Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar FAUZI BAHARUDIN
![]() |
|
LONGGAR… Jozan menerima kritikan pedas para juri. |
JURI-juri yang mengadili pertandingan Maharaja Lawak (MRL) menegaskan, para peserta yang bersaing dalam program realiti televisyen (TV) itu agar tidak berasa begitu selesa jika ingin kekal sehingga ke peringkat akhir.
Pada episod pertama MRL yang disiarkan Jumaat lalu, barisan juri yang terdiri daripada Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek meluahkan kekecewaan mereka apabila peserta yang mempunyai kelebihan dari aspek populariti, tidak memberikan persembahan yang maksimum.
Ini kerana penonton meletakkan harapan yang tinggi terhadap mereka memandangkan populariti menjadi penanda aras atas penglibatan mereka di pentas hiburan tempatan.
Menurut Mamat, selaku pengarah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, persembahan peserta seperti Jozan (Johan dan Zizan), Nabil dan Sepah seharusnya bertaraf profesional kerana mereka sering tampil dalam pelbagai medium di dunia seni tanah air.
"Jujur saya katakan, lawak yang dipersembahkan Jozan tidak setanding dengan populariti mereka.
"Ia agak longgar walaupun penonton di studio terhibur dengan persembahan mereka.
"Saya percaya, audiens meletakkan harapan yang tinggi terhadap mereka kerana kredibiliti mereka sebagai pengacara Raja Lawak selama empat musim (RL2 – RL5).
"Saya tidak mahu melihat kualiti lawak Jozan sama seperti ketika mereka mengendalikan RL. Saya perlukan sesuatu yang fresh," tegasnya sejurus tamatnya MRL yang diadakan secara langsung itu di Kompleks Studio Merdeka, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Hulu Kelang, Selangor, baru-baru ini.

0 ulasan:
Catat Ulasan