Sebaik saja konsert tirai Akademi Fantasia 9 (AF9) melabuhkan tirai pada Sabtu lalu, pelajar yang bernama Nur Khaidir Muhd atau Kay, 22, kini sudah mula mendapat perhatian daripada pengikut serta peminat AF.

Namun, perhatian yang diberikan terhadap dirinya tidak hanya tertumpu pada suara atau pakej yang dimilikinya semata-mata tetapi juga kerana dia adalah adik kepada bintang AF4, Diddy Hirdy.

Disebabkan Kay adalah adik kandung kepada penyanyi lagu Hilang ini, ramai telah memerhatikan segala gerak-geri dan tingkah laku Kay. Sehinggakan ada yang melabelkan Kay sebagai pelajar AF9 yang dibayangi Diddy.

Mengulas tentang persoalan yang berbangkit ini, Kay menjelaskan bahawa dia sudah dapat mengagak bahawa dia akan diajukan dengan soalan yang seumpama ini. Malah, dia juga sudah bersedia untuk menjawabnya.

"Saya tahu, mesti ramai orang akan kata saya ni macam abang saya. Terus-terang, saya merasakan saya dan abang saya jauh berbeza. Walaupun kami adalah adik-beradik, tone suara saya sangat lain dari abang.

"Kalau wajah pula, saya tak boleh nak kata apa. Sebabnya, jarang sekali untuk melihat wajah adik-beradik berbeza. jadi, tidak hairanlah kalau wajah saya mirip abang," katanya kepada murai.com.my.

Meneruskan penjelasan, Kay yang begitu komited untuk menjalani liku-liku hidup sebagai pelajar AF9 tidak jemu melontarkan senyuman.


"Saya tiada niat untuk meniru abang. Mungkin kalau apa yang saya lakukan sama seperti abang, ianya satu kebetulan saja. Pun begitu, saya tidak boleh mengelak. Kami adik-beradik kandung.

"Saya berjanji saya akan lakukan yang terbaik dan akan buktikan kepada semua bahawa bakat saya dan abang jauh berbeza. Apapun, kalau boleh saya tak mahu dikaitkan dengan abang kerana saya tak mahu orang kata saya ni tumpang populariti dia. Saya mahu bangkit dengan hasil usaha saya sendiri," jelasnya.

Ikuti perkembangan dan info terkini tentang Akademi Fantasia di www.akademifantasia.com.my

2 ulasan:

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top