Pujian memang layak diberikan kepada program Keynote yang disiarkan di Astro Ria Jun tahun lalu kerana berjaya melahirkan banyak bakat baru dalam bidang penciptaan lagu.
Program itu merupakan cetusan idea komposer yang cukup berpengaruh, Mohd. Faizal Maas atau lebih dikenali sebagai Ajai.
Keynote dimenangi oleh Mohd Farhan Izharuddin, 27, sebagai juara, Raja Nazrin Shah Raja Azaham, 21 sebagai naib juara dan Khairul Nizam Nazri, 26, di tempat ketiga.
Walaupun hampir setahun pertandingan itu berakhir, difahamkan ketiga-tiga pemenang belum mendapat hadiah wang tunai yang janjikan kepada mereka. Mereka terus sabar menunggu sekalipun masa hampir setahun adalah di luar munasabah sama sekali.
Ketika dihubungi, ketiga-tiga pemenang itu mendakwa mereka sudah tidak larat lagi naik turun pejabat penganjur pertandingan itu tetapi hadiah wang tunai masih belum dapat.
Pertandingan Keynote menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 untuk johan, RM5,000 naib johan dan RM3,000 tempat ketiga.
Menurut Raja Nazrin, dia memenangi tempat kedua dan layak membawa pulang tunai RM5,000 bagaimanapun hingga kini hadiah itu belum diterima.
Mengaku kecewa dengan cara pihak pengurusan E&A Production, kata Raja Nazrin, dia menganggap sikap mereka seolah-olah lepas tangan terhadap isu ini.
“Kita bercakap soal hak. Wang kemenangan itu merupakan hak kami. Bila jadi macam ini, saya hairan kenapa sampai sekarang mereka tidak tampil memberi apa-apa kenyataan sedangkan itu adalah tanggungjawab mereka sebagai penganjur program,” katanya.
Membongkar kisah di sebalik tabir, dakwa Raja Nazrin, selain pemenang, sembilan lagi peserta yang terpilih dalam program Keynote juga tidak menerima elaun sebanyak RM1,000 sebagaimana yang dijanjikan oleh E&A Production.
“Perkara ini ada hitam putihnya dalam kontrak peserta. Mengikut kontrak, kami dijanjikan elaun sebanyak itu sepanjang kira-kira lapan minggu berada dalam program. Kadang-kadang kami ni dah jadi macam bola sebab bila pergi bertanya, mereka suruh kami rujuk di pihak inilah itulah. Tak tahu lagi pada siapa kami harus mengadu,” kata Raja Nazrin.
Malah dakwanya lagi, sebahagian daripada warga kerja penerbit program iaitu Beyond Events termasuk pemuzik yang turut mengadu tidak menerima bayaran untuk kerja-kerja yang dijalankan sepanjang 13 episod program itu.
Isu ini turut disokong oleh Khairul Nizam yang sepatutnya membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 apabila berjaya di tempat ketiga.
Kata Khairul, memandangkan sukar untuk berurusan dengan pihak E&A Production, kebanyakan peserta lebih banyak merujuk status mereka dengan Beyond Events.
Bagaimanapun, kata Khairul, Beyond Events bukanlah pihak yang tepat untuk dirujuk memandangkan isu ini bukan di bawah tanggungjawab mereka.
“Kami dan Beyond Events sama-sama merupakan mangsa keadaan. Bayangkanlah bila kru penerbit pun tak dibayar? Sedangkan kami semua juga punya komitmen masing-masing.
“Kami tentunya tak mahu terus berada dalam keadaan digantung tak bertali. Sampai bila kami harus tunggu untuk dapat semula hak kami?” ujarnya.
Dalam pada itu, ketika dihubungi, Farhan yang merangkul gelaran juara Keynote melalui lagu Suntuk gubahannya bersama penulis lirik Abie Abdullah turut kurang senang dengan cara pengurusan pihak yang terlibat.
Meskipun pada mulanya dia enggan mengulas, namun kata Farhan, dia yakin pihak E&A Production mempunyai masalah tertentu sehingga menyukarkan isu ini diselesaikan dengan baik.
“Saya tak tahu apa masalah sebenar mereka. Sebab memang tak ada penjelasan. Apa pun, oleh kerana pihak penerbit telah membawa perkara ini ke mahkamah, maka, rasanya lebih baik kami tunggu sahaja keputusan pihak yang lebih arif,” ujar Farhan.
Semoga dengan pendedahan ini, isu ini dapat segera diselesaikan dan pihak yang bertanggungjawab menunaikan janji mereka.
Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY

0 ulasan:
Catat Ulasan