Pertandingan Pencarian Model Estee Lauder 2011 akan kembali. Pertandingan ini memberi peluang kepada wanita tampil di atas pentas dan menonjolkan kejelitaan serta personaliti.

Pertandingan Pencarian Model Estee Lauder 2011

Berbeza dengan pertandingan tahun lalu, tahun ini ia akan mencari duta gadis (It Girl) khusus untuk koleksi Pure Color.

Sebagai elemen penting dalam seni solekan, warna-warna boleh membawa perbezaan dari segi perasaan dan ketrampilan anda. Atas dasar inilah pertandingan ini mahu mencari dua wanita yang melambangkan ciri Pure Colur ialatu periang, glamor dan moden.

Pencarian ini akan berlangsung menerusi siri jelajah bermula pada 25 April ini di pusat-pusat membeli-belah di bandar-bandar utama seluruh negara.

Sementara itu, bagi mereka yang berminat menyertai pertandingan boleh mendaftar pada sesi makeover Estée Lauder dengan pakej pembelian RM300 di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Pada sesi itu, penata gaya profesional dari Estée Lauder akan merubah penampilan anda di samping khidmat nasihat memilih busana yang sesuai untuk gaya seorang model menerusi sesi fotografi potret.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai tempat dan tarikh pendaftaran boleh melayari laman web www.esteelaudermodelsearch.com.my.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top