Selepas bercinta beberapa tahun, pasangan kekasih kontroversi, Eddie Cibrian, 37, dan LeAnn Rimes, 28, melangsungkan perkahwinan di sebuah estet di Malibu, California, semalam.

Ia merupakan perkahwinan kedua untuk pelakon lelaki CSI: Miami dan penyanyi lagu country itu.

Kedua-dua selebriti itu mula berkenalan ketika penggambaran filem Northern Lights pada 2008, namun ketika itu mereka berdua telah berkahwin dengan pasangan masing-masing.

Cibrian ketika itu berkahwin dengan jurusolek artis, Brandi Glanville serta mempunyai dua anak lelaki berusia antara empat dan tujuh tahun manakala Rimes dengan penari, Dean Sheremet.

Pada Mac 2009, Us Weekly melaporkan Cibrian dan Rimes bercinta secara rahsia walaupun kedua-duanya masih berkahwin.

Selepas rumah tangga masing-masing runtuh, pasangan kekasih itu mula keluar bersama di hadapan umum pada Ogos 2009.

Rimes dan Sheremet bercerai pada Jun tahun lepas selepas berkahwin selama lapan tahun.

Glanville yang bertengkar dengan Rimes dan bekas suaminya itu melalui laman Twitter dan media akhirnya bercerai dengan Cibrian September lalu selepas perkahwinan selama sembilan tahun. - Agensi

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top