Filem “Bunohan” karya pengarah terkenal tanah air, Dain Said, menjadi filem pilihan Malaysia untuk tayangan pada Festival Filem ASEAN (AFF) yang akan berlangsung di Bali selama dua hari mulai 16 November ini.

Filem yang belum ditayangkan di Malaysia itu, dibintangi pelakon handalan Malaysia termasuk Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Bront Palare dan Namron.


"Bunohan”, mengisahkan kasih sayang antara tiga adik-beradik, dan ia sebelum ini sudah ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto, Kanada baru-baru ini.

Kesemua negara anggota ASEAN memilih sebuah filem untuk ditayangkan pada AFF, antaranya ialah filem “Eternity” dari Thailand, “Only Love” (Laos) dan “Emir” (Filipina).

Filem “Di Bawah Lindungan Ka”bah” menjadi pilihan tuan rumah, Indonesia pada festival itu.

Filem ini pernah disenaraikan untuk pencalonan Anugerah Akademi 2011 kategori Filem Bahasa Asing Terbaik. – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top