Studio Warner Bros. merancang untuk membuat filem sekuel keempat Superman Man of Steel.

Syarikat itu dilaporkan telah mencari penulis skrip filem aksi itu yang menampilkan pelakon Henry Cavill akan memegang watak sebagai Clark Kent/Superman dan Amy Adams sebagai Lois Lane.

Penulis skrip Harry Potter, Steve Kloves; Travis Beacham (Clash of the Titans) dan Lawrence Kasan (Raiders of the Lost Ark) adalah antara mereka yang disenaraikan oleh Warner Bros.


Antara pelakon lain yang turut terlibat dalam sekuel terbaru itu ialah Russell Crowe, Michael Shannon dan Kevin Coster.

Bintang drama bersiri CSI, Laurence Fishburne pula akan memegang watak sebagai ketua kepada Clark Kent, Perry White.

Superman Man of Steel dijangka menemui peminat di pawagam pada musim panas 2013. - AGENSI

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top