Konsert Ning@Kl Live itu akan mengenakan tiket berharga RM225, RM250, RM275 dan RM375. Tiket Ning@Kl Live boleh ditempah di laman web www.tickethotline.com.my.

Konsert Ning@Kl Live

--------------------

Selama 18 tahun, Ning sudah melalui pelbagai tahap jatuh bangun dan kini masih bertahan.

Daripada lagu pertama, Curiga kepada Awan Yang Terpilu hingga Beribu Sesalan pada masa kini, suara Ning sentiasa dekat di hati peminat seni tempatan.

Untuk mengabadikan kenangan bersama peminatnya, Ning akan muncul dalam sebuah konsert khas di Kl Live, Jalan Sultan Ismail pada 2 Disember ini selama lebih dua jam.

Ning akui memilih lokasi itu kerana ia menggamit kenangan lalu ketika dia pertama kali beraksi depan peminat di tempat yang sama.


Menariknya konsert Ning itu bertemakan bunga sebagai lambang haruman yang segar sepanjang masa.


Bintang yang memulakan karier sejak 1992 ini berkata, konsert itu akan dibahagikan kepada lima episod dan untuk itu lima jenis bunga dipilih bagi mewakili setiap episod yang menceritakan perjalanan seni Ning.

“Lima episod ini adalah gambaran keseluruhan perjalanan saya dalam bidang seni selama 18 tahun. Jika tidak kerana peminat dan sokongan pihak media, tidak mungkin saya akan bertahan sehingga sekarang.

“Saya juga memang sangat sukakan bunga dari dulu,” katanya katanya ketika sidang media di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Difahamkan, lima jenis bunga yang dipilih Ning bermula dengan teratai menjadi simbolik terhadap permulaan kerjayanya, disusuli bunga matahari yang melambangkan kerjaya yang semakin meningkat. Ia juga bagi menggambarkan Ning ada darah keturunan Cina selain Arab.

Kajian Ning seterusnya mendapati bunga jasmin sinonim dengan kaum India, jadi ia dipilih untuk menggambarkan episod ketiga. Tidak lupa untuk segmen seterusnya, Ning memilih ratu segala bunga iaitu mawar dan raja segala bunga, orkid bagi mewakili episod keempat dan kelima.

“Selain itu, satu lagi daya tarikan pada konsert saya kelak adalah pentas berbentuk bulat serta menggunakan sistem ‘surrrounding sound’ yang akan membolehkan penonton mendengar kualiti bunyi yang lebih mantap.

“Ia juga bertujuan supaya saya berpeluang bergerak hampir dengan penonton. Bagi menyerikan lagi konsert itu, elemen muzik Cina, Bollywood dan ghazal akan dipaparkan,” kata Ning.

Kata Ning dia akan menyanyi banyak lagu yang menaikkan namanya dalam dunia hiburan selain lagu Inggeris. Ketika ini persiapan rancak dilakukan oleh semua yang terbabit bagi memastikan konsert itu berjalan lancar.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top