Bagi sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut dan tempahan tiket Satu Malam Bersama Jamal Abdillah 11.11.11, boleh menghubungi 03-2020 2121.


-------------------------------

Jamal Abdilah bakal beraksi secara eksklusif di restoran Atmosphere 360, Menara Kuala Lumur sempena Satu Malam Bersama Jamal Abdillah di Atmosphere 360 di Menara Kuala Lumpur pada 11 November ini.

Apa yang pasti, persembahan eksklusif yang dibawakan restoran Atmosphere360 adalah antara simbolik permulaan operasi restoran berputar di puncak menara yang kini di bawah kendalian Asian Kitchen dengan dekorasi serta nama baru, Atmosphere 360.

Pengarah Urusan restoran tersebut, Datuk Mohd Sabri Mohd Nadzir berkata, pemilihan penyanyi Jamal Abdilah itu sebagai pembuka tirai persembahan di Atmosphere 360 adalah cukup tepat apabila beliau sentiasa dekat di hati peminat sekali pun sudah lebih tiga dekad bergelar penghibur.

"Kami hanya mengambil masa enam minggu untuk lakukan kerja pengubahsuaian keseluruhan dekorasi ruang. Kami harap pengunjung menikmati segala yang terbaik termasuk sajian serta panorama menarik serta pemilihan Jamal yang dilihat bakal menyempurnakan acara kami.

"Lagipun saya yakin, ramai yang akan menantikan persembahan istimewa daripada Jamal. Bagi saya Jamal punyai kelas tersendiri dan kami yakin dia dapat menyerikan malam penuh nostalgia itu nanti.

"Saya juga yakin ia akan membawa pengunjung meneroka keistimewaan restoran kami sambil menghayati dendangan daripadanya," katanya dalam sidang media persembahan Satu Malam Bersama Jamal Abdillah di Atmosphere 360 di Menara Kuala Lumpur.

Sabri yang terlebih dahulu menitipkan salam kemaafan berikutan ketiadaaan penyanyi terbabit pada majlis itu atas faktor kesihatan juga berkata persembahan Jamal pada malam tersebut lebih kepada ramah mesra dan peribadi.

"Mengikut perancangan, acara dijangka bermula dengan majlis makan malam seawal jam 7.30 malam kemudian barulah disusuli kemunculan penghibur berkenaan kira-kira sejam kemudian.

"Saya difahamkan Jamal akan mendendangkan enam buah lagu untuk tetamu khas kami pada malam tersebut.Menariknya, persembahan Jamal nanti akan lebih tertumpu kepada ramah mesra dengan tetamu dan tidak hanya menyanyi di pentas," jelasnya lagi.

Pada malam tersebut hanya dua meja VIP yang memuatkan 10 orang sahaja disediakan pada kadar RM15,000. Manakala tempat duduk lain hanya dikenakan RM1,000 namun masih berpeluang mengikuti persembahan artis pujaan mereka secara ekslusif.

"Mungkin ada yang tertanya-tanya soal harga namun jika diperhalusi ia lebih kepada dekat atau personal dengan penghibur terbabit kerana anggaran pengunjung kira-kira 150 orang saja.

"Lagipun layanan yang diberikan sangat istimewa dan tidak dapat ditempat lain kerana hanya yang istimewa berpeluang makam malam bersama Jamal Abdillah pada ketinggian 282 meter," ulasnya lagi.

1 ulasan:

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top