Johan Raja Lawak diberi peluang berlakon dalam drama kanak-kanak Elly & Epit.

Bukan mudah bagiJ ohan berlakon di sisi kanak-kanak kerana sebagai orang dewasa, dia perlu bijak menghadapi kerenah pelakon kanak-kanak.

"Ada masanya saya menambah apa yang tiada dalam skrip untuk mencantikkan lagi jalan cerita.

"Tetapi disebabkan kanak-kanak tidak mengetahui tambahan yang lahir secara spontan maka mereka terpinga-pinga.

"Dari situ, saya memahami bahawa sebelum saya melakukan sesuatu penambahan walau pun bukan niat saya untuk menokok tambah, saya perlu berbincang terlebih dahulu dengan mereka sebelum penggambaran dimulakan.

"Jadi, situasi terpinga-pinga itu dapat diatasi," kata Johan sambil ketawa mengimbau ekspresi pelakon kanak-kanak Elly & Epit yang dihasilkan sebanyak 13 episod itu.

Katanya, berlakon dengan kanak-kanak ada hikmahnya kerana secara peribadi ia membantu membentuk disiplin dirinya.

"Kanak-kanak memang menghormati masa dan mereka selalu menepati masa. Dari situ, saya rasakan perlu mengikut cara mereka demi kebaikan diri saya," ujarnya telus.

Johan berkata, selepas menamatkan penggambaran Elly & Epit, dia membuat persiapan untuk muncul dalam dua filem, masing-masing arahan Mamat Khalid dan Syamsul Yusof.

Astro Ceria telah menampilkan drama bersiri kanak-kanak terbaru, Elly & Epit yang mula bersiaran sejak Ahad lepas.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ceria, Evon Koh, sebenarnya Astro tidak pernah jemu membekalkan program yang berkualiti.

"Apa yang kami paparkan di Astro Ceria ini bukan hanya program yang menghiburkan sebaliknya diselitkan juga elemen pembelajaran dan nasihat.

"Selain itu, konsep kekeluargaan, persahabatan dan perbezaan pendapat yang wujud dalam drama bersiri ini juga boleh dijadikan contoh kepada penonton cilik untuk lebih memahami pandangan rakan mereka," jelasnya ketika ditemui pada sidang akhbar pelancaran Elly & Epit di sebuah restoran eksklusif di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah Evon, dia yakin Elly & Epit mampu mengumpul penontonnya sendiri berdasarkan maklum balas positif yang diterima daripada drama kanak-kanak seperti Hikayat Putera Shazlan, Geng Bas Sekolah dan Rafeeq yang disiarkan di Astro Ceria.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top