Saya tidak rasa penarikan balik anugerah ini boleh memberi kesan negatif kepada saya. Saya tidak malu macam yang orang ingat. Saya tidak rasa ia boleh menjejaskan nama dan reputasi saya,” ulas Yuna berhubung penarikan balik Anugerah Lagu Terbaik yang dimenangi olehnya di Anugerah Industri Muzik ke 18 baru-baru ini.
“Saya masih baru dalam industri ini. Masa pengumuman dibuat tempoh hari saya sudah rasa keliru. Tapi, takkan saya tidak naik ke pentas untuk terima anugerah itu. Masa sidang media pun, pihak AIM telah berikan penjelasan dan saya menerima penjelasan itu. Apabila mereka hubungi saya dan katakan berlaku kesilapan, memang saya terkejut .
Saya rasa agak pelik kerana perkara ini tidak pernah terjadi sebelum ini. Mereka cakap hendak adakan sidang media untuk memperbetulkan kesilapan. Bagi saya tindakan ini wajar bagi menjaga reputasi dan kredibiliti AIM pada masa hadapan. Saya sudah pun menerima keputusan ini dengan hati terbuka, walaupun ia tidak sepatutnya berlaku.
Saya melihat perkara ini dalam sudut positif. Sekurang-kurangnya mereka akan lebih berhati-hati pada masa akan datang. Diharapkan dengan sidang media ini, ia telah memberikan penjelasan kepada semua pihak. Mudah-mudahan tidak ada yang mempersoalkan perkara ini,” ujar Yuna lagi.
Dalam masa yang sama, penyanyi berusia 25 tahun ini menafikan dia berasa serik untuk menyertai AIM pada masa hadapan. Jelas Yuna sebagai pemuzik Malaysia, dia akan terus menyokong anugerah muzik seperti AIM.
“Saya tidak serik pun. Saya pemuzik Malaysia. Ini adalah periuk nasi saya. Saya tetap akan sokong, cuma berharap kesilapan begini tidak akan berlaku lagi. Industri muzik kita ini kecil, jadi kita harus saling menyokong. Macam yang saya katakan tadi, saya melihat perkara ini secara positif. Ada hikmah di sebalik semua ini. Selepas ini pasti mereka akan memperbaiki kelemahan yang ada,” ujar Yuna.
Sementara itu, Yuna juga memberitahu dia tidak rasa pembetulan itu dilakukan kerana dia adalah orang baru dalam industri. Bagi Yuna, AIM pasti akan membetulkan kesilapan seandainya ia melibatkan orang lama.
“Saya tidak fikir perkara ini berlaku kerana saya orang baru. Kalau libatkan orang lama seperti M.Nasir pun, saya rasa mereka akan buat benda yang sama. Itu tanggungjawab RIM untuk memperbetulkan kesilapan,” kata Yuna.
~ Gua
0 ulasan:
Catat Ulasan