Astro Ceria bakal meneruskan kesinambungan drama komedi remaja berjudul Klik pada setiap Ahad, pukul 10.30 pagi bermula 4 Disember ini.

Drama komedi 13 episod ini masih mengekalkan barisan pelakon musim pertama seperti Ariel Zafril, Erin Malek, Aren Yunus, Sashwin Raj, Fiffy Natasya, Wawa Zainal dan Jorrin.

Pengurus saluran Astro Ceria Evon Koh berkata, drama bersiri ini diteruskan untuk musim kedua berikutan permintaan dan sambutan menggalakkan penonton pada musim pertama.

"Melalui penelitian kami, kebanyakkan penonton lebih gemar dan cenderung kepada pengisian yang bersifat ringan dan tidak memerlukan penghayatan yang berat untuk mentafsir keseluruhan jalan cerita.


"Golongan remaja sebagai golongan sasaran lebih mudah menerima mesej yang disampaikan melalui cara bersahaja dan komedi berbanding jalan cerita sarat pengajaran," ujarnya.

Tambahnya drama Klik turut menjadi drama yang berjaya meraih jumlah penonton memberangsangkan di antara drama-drama yang pernah ditayangkan di Astro Ceria.

Malah drama musim kedua ini lebih lucu dan mencuit hati. Musim ini juga masih mengekalkan konsep santai, bersahaja dan menghiburkan dalam mengupas persoalan golongan remaja .

Pelbagai gelagat sekumpulan remaja yang boleh ditonton pada setiap episod drama komedi ini bakal mencuit hati penonton.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top