Bintang realiti televisyen, Kim Kardashian dan keluarganya berdepan gesaan orang ramai yang mahu semua rancangan realiti melibatkan keluarga itu dihentikan.

Unit penggambaran rancangan realiti itu menerima pelbagai reaksi hebat setelah Kim mengisytiharkan perceraiannya dengan Kris Humphries hanya 72 hari selepas perkahwinan mewahnya.

Terdapat khabar angin menyatakan perkahwinannya dengan pemain bola keranjang professional itu merupakan satu penipuan.

Kim Kardashian family

Beberapa pertubuhan turut mengemukakan petisyen untuk menghentikan penyiaran rancangan realiti Kim, 31, adik-adiknya Khloe dan Kourtney serta ibunya, Kris Jenner.

"Kami telah mengumpulkan beribu-ribu tandatangan bagi petisyen menggesa saluran E! Entertainment untuk menghentikan semua rancangan realiti melibatkan keluarga itu dari jadual mereka.

"Kami berasa rancangan itu menekankan kesombongan, ketamakan, perlakuan seks, kekasaran dan hanya mahu menonjolkan diri mereka sebagai selebriti," kata Cyndy Snider, seorang daripada penganjur petisyen dalam satu kenyataan yang disiarkan di Yahoo TV.

Kumpulan pelobi No More Kardashian melalui GoPetition setakat ini menerima lebih 10,000 tandatangan.

Keluarga itu terlibat dalam rancangan Keeping Up With The Kardashians, Kourtney and Kim Take New York, Khloe & Lamar dan beberapa rancangan lain yang masih dalam penggambaran.

"Walaupun ada yang menonton siaran itu sebagai hiburan tidak berfaedah, ia menyedihkan ramai anak muda yang memandang tinggi terhadap keluarga itu dan meniru tingkah laku mereka.

"Kemasyhuran keluarga Kardashian sebahagian besarnya bermula dengan kebocoran video seks Kim," ujar Snider.

Kim menafikan perkahwinannya direka dan berkata dia tidak pernah berbuat demikian untuk rancangan televisyen atau demi wang. - AGENSI

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top