Kim Kardashian fail perceraian walau baru berkahwin 10 minggu

Selepas 10 minggu mereka disatukan dalam majlis perkahwinan mewah yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen, seorang bintang realiti televisyen, Kim Kardashian bertindak memfailkan perceraian dengan pemain bola keranjang AS, Kris Humphries.

Kim Kardashian

Kardashian, 31, yang popular menerusi program realiti Keeping Up With the Kardashians memfailkan perceraiannya kelmarin dengan alasan mereka tidak lagi bersefahaman.

"Saya berharap semua orang faham bahawa ini bukan keputusan yang mudah buat saya," katanya dalam satu kenyataan.

"Saya berharap perkahwinan ini adalah buat selamanya tetapi malangnya ia tidak berakhir seperti yang dirancang," tambah bintang realiti itu.

Sementara itu, suami Kardashian, Humphries memberitahu laman berita selebriti, TMZ bahawa dia kecewa apabila mengetahui isterinya telah meminta cerai.

Menurutnya, dia yang bermain untuk pasukan New Jersey Nets, sedia melakukan apa sahaja demi menyelamatkan rumah tangga mereka. - AP

0 ulasan:

Sila komen Kim Kardashian fail perceraian walau baru berkahwin 10 minggu

Home
 
Kim Kardashian fail perceraian walau baru berkahwin 10 minggu

Home | Disclaimer | Contact