Begitulah kehebatan lelaki bernama Anuar Zain yang baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang kategori Persembahan Vokal Lelaki Terbaik Di Dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) baru-baru ini.
Anuar Zain atau Shahrul Anuar Zain membuka rahsia kecantikan wajahnya biarpun dia sudah berusia 41 tahun.
Tidak salah jika sebagai artis, dia perlu berbuat sesuatu agar wajahnya sentiasa nampak segar dan muda selain bijak menjaga keterampilan diri di khalayak.
Maka itulah, selain menjalani rutin pemakanan yang agak ketat, pelantun lagu Lelaki Ini dilihat mempunyai petua awet muda.
“Perkara utama yang amat saya titik beratkan adalah penjagaan berat badan kerana saya perlu mengekalkan berat tertentu mengikut ketinggian.
“Selain itu, saya juga memilih untuk makan lebih banyak makanan berkhasiat serta mengambil beberapa vitamin untuk mengekalkan kesihatan kulit.Semua itu penting kerana saya mahu merasa selesa ,” katanya .
Tanpa berselindung, Anuar mengakui dia menyedari perubahan wajahnya sesuai dengan usianya.
Justeru, lelaki bujang ini mendedahkan, dia kini menjalani rawatan pembentukkan muka atau face reshaping di sebuah pusat kecantikan di ibu kota.
“Proses ini bukanlah rawatan muka seperti botox tetapi ia lebih kepada urutan menggunakan beberapa alatan elektronik di bahagian muka.
“Tujuan proses ini adalah untuk membuang lebihan kulit terutamanya di bahagian bawah muka saya,” katanya jujur.
Anuar berkata, sesiapa sahaja yang berada dalam situasinya pasti mahu sentiasa kelihatan segak walaupun dimamah usia.
0 ulasan:
Catat Ulasan