Bradley Cooper dinobat sebagai lelaki seksi 2011

Pelakon kacak Bradley Cooper, 36, dinamakan sebagai lelaki paling seksi di dunia oleh majalah People, hari ini.

Bintang berbadan tegap itu mengungguli senarai pada tahun ini, mencuri kedudukan Ryan Reynolds yang berada di tempat pertama tahun lalu.

Menurut Cooper, dia berasa teruja menerima penghormatan tersebut walaupun dia sendiri tidak tahu mengapa orang ramai merasakan dia menarik.



"Saya rasa ia amat menarik apabila lelaki yang tidak kelihatan seperti model menerima gelaran ini.

"Saya rasa saya kelihatan seperti seorang lelaki yang sopan. Kadang-kadang saya nampak hebat dan ada masa rupa saya agak menakutkan," katanya.

Bagaimanapun, Cooper memandang serius penghargaan yang diterimanya.

Hubungan cinta antara Cooper dan aktres Renee Zellwenger berakhir awal tahun ini dan baru-baru ini dia dikaitkan dengan Jennifer Lopez.

Cooper menegaskan yang dia tidak menjalin hubungan cinta dengan sesiapa buat masa ini dan menerangkan semua itu hanyalah khabar angin.

"Jika anda bujang dan berada dalam industri ini (hiburan), anda akan sering dianggap sebagai kaki perempuan.

"Namun, saya tidak merasakan yang saya ini seorang lelaki pendamping wanita," ujarnya. - Agensi

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top