Tomok pada mulanya tidak percaya berlakon dalam filem Istanbul Aku Datang serta dapat bekerjasama dengan pelakon hebat seperti Lisa dan Beto.

Menurutnya pengalaman bekerja dibawah arahan Bernard Chauly sangat menyeronokkan dan bertuah dapat bekerjasama dengan pengarah berbakat itu.

Tomok

"Bernard sangat teliti dalam kerjanya dan dia seorang yang mudah menerima pendapat orang lain. Malah kami diberikan kelas lakonan sebagai persediaan sebelum berangkat ke Turki," ujarnya.

Masih menunggu filem pertamanya, Mantera ditayangkan di pawagam, Tomok memberitahu dia semakin selesa bergelar sebagai pelakon dan merancang untuk terus berlakon jika mendapat tawaran sesuai.

"Tetapi ini tidak bermakna saya akan meninggalkan dunia nyanyian kerana ia masih menjadi keutamaan saya," jelas Tomok.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top