Kumpulan 2PM kini boleh tersenyum bangga apabila baru-baru ini lagu single ketiga mereka dalam bahasa Jepun, Ultra Lover menduduki tangga pertama dalam kebanyakan carta muzik di negara Matahari Terbit itu.

Bukti pengaruh yang dimiliki 2PM ialah sebanyak 100,000 tiket telah dijual dalam masa satu minit untuk konsert pertama dalam siri jelajah Arena Tour.


2PM telah mengadakan persembahan prakonsert pada 5 November lalu dan akan menambahkan lagi tiga buah konsert disebabkan permintaan yang tinggi oleh peminat Jepun.

Kumpulan 2PM membuat konsert pembukaan mereka di Fukuoka pada 7 November dan secara keseluruhannya mereka akan mengadakan sembilan buah konsert di Jepun.

Album penuh pertama 2PM dalam bahasa Jepun, Republic of 2PM telah dilancarkan pada 7 November dan mendapat sambutan yang cukup hangat daripada peminat.

Selain itu, kumpulan 2PM turut merancang untuk menyambut ulang tahun pertama mereka di Jepun dalam sebuah majlis khas bersama peminat yang telah memiliki album terbaharu mereka itu.

Wakil agensi 2PM, Jyp Entertainment berkata: "Jualan tiket habis hanya dalam satu minit bukan sahaja mengejutkan agensi kami di Jepun tetapi juga di Korea. Kami mahu berterima kasih kepada peminat yang menyokong 2PM dan juga pihak yang banyak membantu menjayakan konsert terbaik 2PM.

"2PM kini sedang sibuk mempromosikan lagu single Ultra Lover di Jepun dan mereka akan pulang ke Korea pada 8 November sebelum terbang ke Jakarta, Indonesia untuk mengadakan konsert pada 11 November."

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top