Tiket menyaksikan persembahan Zee Avi's Homecoming Tour 2011 boleh dibeli mulai hari ini, 8 November di www.airasiaredtix.com. Maklumat terkini mengenai konsert tersebut yang bakal berlangsung di Pulau Pinang dan Kuching baru sahaja dikemaskinikan.

Konsert di Kuala Lumpur bakal berlangsung pada 17 November depan di KL Live, manakala di Pulau Pinang ia akan berlangsung pada 18 November di Straits Quay Convention Centre.

Sementara itu, konsert di Sarawak bakal berlangsung di Dewan Undangan Negeri, Kuching pada 26 November depan.

Zee Avi, penyanyi kelahiran Sarawak yang mencipta nama di peringkat antarabangsa kembali ke tanahair untuk persembahan eksklusif di tiga lokasi berasingan iaitu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sarawak bersempena pelancaran albumnya yang bertajuk Ghostbird.


Maklumat Terkini:

KUALA LUMPUR
Lokasi : KL Live
Tarikh : 17th November, 8pm
Ticket: RM98 (General) & RM158 (Premier)

PENANG
Lokasi : Straits Quay Convention Centre
Tarikh : 18th November, 8pm
Tickets: RM78 (Pre-Sale), RM98 (At The Door), RM158 (Premier)


KUCHING, SARAWAK
Lokasi : Former Dewan Undangan Negeri
Tarikh : 26th November, 8pm
Tickets: RM78 (Pre-Sale), RM98 (At The Door), RM158 (Premier)

Tiket boleh dibeli secara online di www.airasiaredtix.com atau pun di Rock Corner dan Victoria Music terpilih.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top