8 peserta telah terpilih bagi berentap dalam pertandingan pencarian bakat baru, Twisties Superstarz Search bagi merebut hadiah wang tunai sebanyak RM 20,000 selain bakal muncul dengan single yang akan ditayangkan di saluran MTV.

AvantGuard (A.V.G.), Cheryl Koh Shao May, Eddie Courtney Chan Yong Hui, Heart A Tack, Jason Francis, Meroshana Thaiyalan, Nicholas Ng Yungkit, Rhythm Nation merupakan lapan finalis bertuah yang terpilih bagi berentap di pusingan akhir pertandingan nyanyian tersebut.

Pengarah Pemasaran, Kraft Foods Malaysia, Jason Chin berkata, pihaknya sentiasa berusaha untuk menyediakan platform untuk anak muda negara ini mempersembahkan bakat seni yang mereka miliki kepada khalayak.


"Kami sangat teruja dengan penganjuran kali pertama Twisties Superstar 2 Search dan dengan kerjasama MTV tahun ini. Diharap ianya dapat membuka peluang kepada anak muda tempatan untuk mencapai impian sebagai penyanyi.

"Kelapan-lapan finalis yang dipilih adalah yang terbaik dan pastinya agak sukar untuk menentukan pemenangnya. Apa pun kesemua mereka akan berentap dan hanya satu yang terbaik akan dipilih sebagai pemenang utama ," kata Jason dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Pemilihan kelapan-lapan finalis tersebut telah ditentukan oleh penyanyi popular seperti Nadhira, JD dari kumpulan Pop Shuvit, Rahul (One Buck Short) dan Sasi the Don.

Pertandingan akhir, dijangka akan diadakan pada Januari tahun hadapan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top