Bagi meraikan sambutan Awal Muharram sempena ketibaan 1433H pada Ahad ini, TV3 menyiarkan drama menarik sebagai tontonan khas untuk seisi keluarga sejak semalam.

Di samping menikmati drama menarik ini, penonton dapat mengutip pelbagai mesej dan teladan menerusi drama seperti Sebelum Lima Perkara, Setitis Hidayah, Si Puteh, Dakwah Muharram dan Taubat Nasuha.

Menariknya, drama-drama hebat ini membariskan pelakon tidak asing lagi di persada seni seperti Fauzi Nawawi, Zahiril Adzim, Sheila Rusly, Datuk Jalaludin Hassan, Zul Yahya, Aqasha, Fouziah Gous dan Liyana Jasmay.

Esok, penonton akan dibawa menyaksikan drama menarik berjudul Sebelum Lima Perkara menerusi slot Cerekarama, jam 10 malam. Drama lakonan Fauzi Nawawi ini mengisahkan Alyah yang mempunyai segala-galanya termasuk suami, anak-anak dan kemewahan namun diuji apabila suaminya leka dengan kemewahan sehingga menyebabkannya menjadi sombong dan angkuh.

Pada Ahad pula, drama Si Puteh akan menemui penonton, jam 10 pagi. Drama lakonan Fazli Daniel dan Addy Ashraf ini mengisahkan dua beradik, Fatah dan Fadil anak kepada pasangan suami isteri, Suhaimi dan Siti.

Fatah punya seekor kucing Parsi dan sering bermain dengan kucing itu, manakala Fadil pula berminat dengan sukan berbasikal dan sering mengikuti kawan-kawannya ke acara konvoi. Satu hari, basikal Fadil nyaris dicuri Tajul tetapi dengan pertolongan kawan-kawannya, Fadil berjaya merampas kembali basikalnya.

Namun, Tajul berjaya melarikan topi keledar kesayangan Fadil. Kemudian, Tajul turut melarikan kucing kesayangan Fatah ketika dia sedang leka bermain.

Turut membintangi drama ini Hanis Kamal, Zul Yahya, Aida Aris, Eyka Farhana dan Khairil Anwar.

Drama menarik lakonan Zahiril Adzim dan Wan Sharmila berjudul Setitis Hidayah pula akan menemui peminat pada Isnin (28 November) jam 10 malam. Ia mengisahkan Pak Hamid yang mempunyai kemahiran membaiki rumah.

Walaupun Pak Hamid sangat mahir, rumahnya sendiri tidaklah sempurna dan dia tinggal bersama isteri, Mak Ton, dan anak bongsunya, Samad. Pak Hamid masih ada sifat rasa tidak berpuas hati dengan apa yang dikurniakan Allah kepada orang yang lebih bernasib baik daripadanya.

Jangan ketinggalan menonton drama yang dibintangi Hafizuddin Fazil dan Kartina Aziz, hanya menerusi TV3.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top