Sumber yang boleh dipercayai berkata, hampir semua yang berlaku sejak akhir-akhir ini hanyalah sandiwara dan gimik publisiti untuk bintang siri realiti televisyen itu.
“Secara umumnya, perkahwinan Kim dengan Humphries memang dirancang sejak awal,” katanya.
Menurut sumber itu, Kim memang mencari lelaki untuk dijadikan suami dan Humphries dipilih untuk menjadi pasangannya berbanding nama lain.
Katanya, Kim tidak menyimpan sebarang perasaan terhadap Humphries tetapi berharap masa akan membuka hatinya untuk mencintai pemain bola keranjang itu.
“Nampaknya ia tidak menjadi kenyataan,” katanya.
Sumber itu berkata, perkahwinan dirancang itu berjaya menarik perhatian ramai dan membolehkan sesetengah pihak memperoleh banyak keuntungan.
“Tidak lama selepas itu, Humphries didapati berfoya-foya dengan wanita lain.
“Walaupun Kim tidak mengendahkannya, dia mengambil keputusan menamatkan perkahwinan mereka,” katanya. - ROL
0 ulasan:
Catat Ulasan