FAR EAST MOVEMENT akan menggegarkan ibu kota dengan muzik mereka pada 3 Disember ini.

Single hit Like A G6 dan Rocketeer meledakkan nama grup kuartet hip hop Amerika Asia, Far East Movement. Sesuai dengan jenama yang diberikan, kumpulan yang dianggotai oleh Kev Nish (Kevin Nishimura), Prohgress (James Roh), J-Splif (Jae Choung), and DJ Virman (Virman Coquia) itu bakal menggegarkan arena tertutup Taman Ekuestrian Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 3 Disember ini.

Far East Movement

Dipersembahkan oleh Universal Music Malaysia dan Marctensia Concerts bersama TuneTalk Mobile Prepaid serta Levi’s, Moovment 2011 akan diserikan lagi dengan penampilan DJ Earthworm.

Tidak perlu diperkenalkan lebih lanjut kerana kumpulan yang berpangkalan di Los Angeles itu sudah cukup mengejutkan dunia menerusi lagu tema filem The Fast and The Furious: Tokyo Drift berjudul Round Round sehingga dijadikan runut bunyi untuk versi permainan video.

Far East Movement pada dasarnya hanyalah sebuah band yang dianggotai oleh tiga orang ahli sebenarnya, Kev Nish, Prohgress, and J-Splif yang bergabung pada tahun 2001 atas dasar antusias dalam aliran muzik sejak di bangku sekolah.

Ketika itu nama Emcees Anonymous digunakan. Sehingga pada tahun 2006, jenama baharu diberikan bersempena dengan judul salah sebuah lagu dalam album pertama mereka, Folk Music iaitu Far East Movement.

Sejajar dengan perkembangan positif itu, kumpulan itu giat mencipta nama di kelompok negara Asia dan Amerika Syarikat.

Sehingga kini, Far East Movement sudah membikin dua buah album selepas Folk Music berjudul Animal pada tahun 2009 dan Free Wired pada tahun lalu.

Manakala, menyusuri perjalanan yang sama pada tahun depan, album keempat Dirty Bass pula akan dilancarkan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menghangatkan arena tertutup Taman Ekuestrian Bukit Kiara bermula pukul 8 malam pada 3 Disember ini yang pastinya menjanjikan persembahan bertenaga dan aksi yang penuh memukau.

Tiket berharga RM103 (Rock Zone) dan RM203 (Pit Zone) sudah mula dijual bermula 26 Oktober lalu, hubungi 03-8775 4666 untuk sebarang pembelian.

Informasi Movement 2011 boleh didapati di www.marctensia.com atau 03-2092 1199 dan www.universalmusic.com.my atau 03-7958 7433.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top