Insiden itu berlaku ketika pasangan diraja terbabit berada di pusat pengagihan Unicef dan mereka diberi peluang merasa sendiri makanan yang akan disumbangkan ke kawasan dilanda masalah kebuluran.
Menurut laporan, Kate sekadar melihat William mengunyah gula-gula berkenaan bersama Putera Mahkota Denmark, Putera Frederik Christian dan isterinya, Puteri Mary Donaldson.
Memang menjadi kebiasaan sesetengah doktor tidak menggalakkan wanita hamil memakan kacang atau produk berasaskan kacang bagi mengelak kandungan mereka menghidap alergi.
Pada masa sama, memang diketahui Kate tidak mengalami sebarang masalah alahan dengan produk kacang.
Keadaan itu menguatkan lagi spekulasi bahawa pasangan berkenaan akan menimang cahaya mata tidak lama lagi.
William dan Kate berada di Copenhagen dalam lawatan misi kemanusiaan pertama ke Denmark.
Mereka juga diberi penerangan mengenai situasi semasa negara bermasalah di Afrika Timur, selain melihat sendiri kemudahan agensi PBB di Denmark. - DM
0 ulasan:
Catat Ulasan